Friday, March 6, 2009

5 Days Course (Better Spoken English)

Tarikh : 2-6 Mac 2009
Masa : 830-4 daily except on Friday Half day
Penginapan : Shah Alam (ulang alik)

Hari pertama kursus : Boring sikit, semangat kurang, pakai mekap, melawa2 sikit sbb first day kena good first impression , lecture2 macam time degree..... bose pulok. Hari pertama duduk jelatek. Jumpa Nad my new found fren kat kursus. She live in Shah Alam sbb tu laaa gedik nak ulang alik. Lagipun leh dok umah adik. A lot of entertainment. Hidup tak bosan langsung.

Hari kedua kursus : Dah berada di shah alam..... Sis In gi jelatek then together gether meredah jam MRR2 balik ke S. Alam.... Pening daku.. Migrain giler time tu. dengan ujan lagi... At last sampai... Badan penat sgt..hari kedua sampai hari kelima pakai sempoi jek. muka tak mekap langsung, pakaian simple jek, janji memenuhi etika.. cukup syarat jek.

Hari ketiga dan keempat : Ulang alik meredah jam kat federal highway.. mana tahannnnn... dah stat merindui keamanan di Putrajaya... Putra jugak pilihan hati ku.. Aku cintakan ketenangan.. kursus time ni dah jadi sonok. ada byk aktiviti. memang tak bosan. dah mesra dgn peserta2 lain... Gelaaaaakkkkk jek. oh lupa hari ni ada presentation. I did well i guess. hahaha. Siap rekod tu....... Puan baljit kata aku nih happy n cheerful jek.. Kekalkan begitu.. hopefully.....

Hari last day kursus : Memang nasib malang gilerr babeng.. pagi2 dah sesat time nak amek nad, bila sampai federal highway, minyak pulak dah blink2 kaler kuning... aiii.. salu aku bajet minyak kete cukup jek. Aku dah panik n gelabah. Nad yang cool menenangkan keadaan. So kita org masok Subang nak gi carik stesen minyak coz mengikut NAD federal tak dok stesen. Takut plak kalau bencer amek risiko kang tak pasal 2 jam giler pasal kete kita org. hek hek hek. Sib bek sampai on time. Pastu evaluation. N kena tgk recording sendiri.. segaaannn dohhh... Tapi komen yang memberangsangkan.. Yunura U did well... Congratulations.. bestnya kena puji faci yang mengajar tuh...

Setiap hari bila naik kete dgn Nad, aku akan tanya pasal lebuhraya2 nih....

Yun : Ni lebuhraya federal ke?
Nad : A ah, ni tadi dah masok federal.. (kira bunyik camtu)
Yun : Oh.... mana LDP?? Kita lalu tak? Kat sblh mana?
Nad : Mana lalu.... Ko ni.
Yun : ohhhh... (aku dah segan) aku ni besala tak tau.. aku kan baru jek. hehe..baru nak blaja. lama2 nanti tau la kan..
Nad : A ahhhh... takpe... (bagusla Nad ni.. dia tak gelak, dia bagi semangat tuh)

(Hari kelima gi masok simpang subang isik minyak kete lepas sesat2 n stuck kat jam)
Nad : haaaaa..... tercapai pun hasrat ko nak lalu LDP, hari2 tanya LDP kat mana (Blk dari subang, kita org lalu LDP)
Yun : Heheheheheheh

Azam aku selepas ini untuk belajar jalan2 kat sini.. Berusahaaaaaaaaaa

pastu petang gi pindah umah... yeay yeay.. stat minggu depan takyah jumpa bangla kat umah lama lagi..

Kawan2... jemputla datang umah yer... tapi after kita org dah kemas2 umah n dah siap2 lawa2 dgn semua2 perabot. haha.. kalau datang skrg, sila duduk bersila yer.


Zura Qute

No comments:

Post a Comment